00:00Polis Diraja Malaysia PDRM menumpaskan satu kegiatan penlewengan diesel bersubsidi selepas menyerbu sebuah premis di Puchong, Selangor dengan nilai rampasan
00:08hampir RM920,000.
00:10Operasi menerusi Op Staring Bravo 1 itu bermula pada pukul 3.30 pagi dan berakhir 1.30 tengah hari dan
00:17berjaya menahan dua lelaki tempatan berusia 33 dan 64 tahun.
00:24Komander Biro Jenayah Hidupan Liar Perisikan Siasatan Khas WCBPSK Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraan Awam JKDNKA Bukit Aman, Dato'
00:33Muhammad Zaki Asya berkata,
00:35serbuan itu dilaksanakan dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kuasar Hidup KPDN Selangor.
00:41Siasatan awal mendapati kedua-dua individu berkenaan dipercayai bertindak sebagai penjaga premis dan pemandu lori.
00:47Beliau berkata premis tersebut dipercayai digunakan sebagai lokasi penyimpanan dan pengendalian diesel bersubsidi tanpa lesen atau permit yang sah.
00:56Hasil pemeriksaan menemukan tujuh tangki skid dan tiga lori tangki pelbagai kapasiti yang mengandungi kira-kira 51,900 liter diesel
01:04bersubsidi bernilai sekurang-kurangnya RM230,000.
01:09Turut dirampas ialah sebuah pump elektrik bersama hos yang dipercayai digunakan dalam aktiviti pemindahan bahan api berkenaan.
01:15Kes disiasat mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961.
01:20Mohd Zaki berkata kedua-dua suspek dan semua barang rampasan telah diserahkan kepada KPDN Selangor bagi siasatan lanjut.
01:28Menurut beliau, siasatan kini tertumpu kepada usaha mengenalpasti sumber bekalan diesel, rangkaian pengedaran dan tempoh sebenar operasi sindiket terbabit.
01:36Dalam perkembangan sama, beliau maklumkan bahawa sepanjang tempoh 1 Januari hingga 19 Ogos tahun ini, WCBPSK telah melaksanakan 241 serbuan
01:45di seluruh negara melibatkan pelbagai kesalahan berkaitan barang kawalan.
01:50Operasi tersebut membawa kepada penahanan 415 individu dengan nilai keseluruhan rampasan mencecah RM315.1 juta.
01:58Terima kasih telah menonton!
Comments