00:00Amerika Syarikat pada selasa mengenakan sekatan terhadap presiden mahkamah jenayah antarabangsa ICC dan seorang peguam kanan perbicaraan di mahkamah itu.
00:09Setiausaha negara Marco Rubio berkata tindakan itu merupakan perkembangan terbaru dalam kempen pentadbiran Trump.
00:17Rubio dalam kenyataan memberitahu sekatan dikenakan terhadap Tomoko Akane, hakim dari Jepun yang merupakan presiden ICC serta Abdullah Yeh Seye,
00:26peguam kanan perbicaraan dan warga negara Senegal berdasarkan perintah eksekutif Trump yang dikeluarkan tahun lalu.
00:34ICC mengecam tindakan berkenaan dan menegaskan dalam satu kenyataan bahawa langkah tersebut menjejaskan kedaulatan undang-undang.
00:42Seye merupakan peguam kanan pasukan penakwaan yang memohon waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu
00:48dan beliau juga telah dicalonkan untuk bertanding dalam pemilihan sebagai hakim ICC.
00:52Akane, hakim kanan ICC memberi amaran pada Desember bahawa sekatan Amerika akan menjejaskan operasi mahkamah dalam semua situasi dan kes
01:00serta mengancam kewujudannya.
01:03Tahun lalu, Amerika mengenakan sekatan bersasar terhadap beberapa pegawai ICC termasuk pendakwa raya dan hakim
01:09dengan memetik waran tangkap ICC terhadap Netanyahu dan bekas Menteri Pertahanan Israel, Yof Gallen,
01:16selain siasatan terdahulu terhadap tentera Amerika di Afganistan.
01:23Terima kasih telah menonton!
Comments