00:00Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah KKW akan terus memperkukuh transformasi pendidikan awal Jabatan Kemajuan Masyarakat KEMAS
00:06melalui gabungan pembentukan nilai agama dan penguasaan teknologi selaras dengan keperluan generasi masa hadapan.
00:13Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Ahmad Zaid Hamidi berkata,
00:16perubahan ekosistem pendidikan negara termasuk penurunan umur permulaan persekolahan daripada 7 kepada 6 tahun
00:22menjadikan pendidikan awal melalui Taman Bimbingan Kanak-Kanak Tabika dan Taman Asuhan Kanak-Kanak Taska semakin penting.
00:31Beliau yang juga Menteri KKW mahu pendidikan KEMAS bergerak seiring dengan perkembangan teknologi
00:37termasuk melalui peluasan pelaksanaan Smart Class dan penggunaan Smart Board di Tabika KEMAS.
00:42Katanya selepas 6 dekad berkhidmat kepada masyarakat, KEMAS perlu masuki FASTA Baharu dan terus berevolusi
00:49mengikut perubahan zaman tanpa meninggalkan asas pembentukan insan.
00:53Ahmad Zaid berkata, kerjasama antara Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri, Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undang
00:59dan Ahli Dewan Undang perlu terus diperkokoh bagi membantu menyediakan kemudahan teknologi.
01:05Dalam memperkasa pendidikan berteraskan agama pula, Ahmad Zaid turut mencadangkan supaya program
01:10Hafazan di Tabika KEMAS diperluaskan mulai tahun hadapan.
01:15Katanya, selain Hafazan Surah dalam Juzud 30, kanak-kanak KEMAS akan turut dibimbing
01:19menghafaz antaranya Surah Yassin, Al-Wakiyah, Al-Mulk dan As-Sacadah.
01:25Beliau juga mahu Guru KEMAS terlebih dahulu menguasai Hafazan berkenaan
01:28bagi mastikan pelaksanaannya dapat dilakukan secara tersusun dan berkesan.
Comments