Skip to playerSkip to main content
  • 7 hours ago
Polis melumpuhkan rangkaian penyimpanan dan pengedaran rokok seludup dengan menahan dua lelaki serta merampas pelbagai barangan bernilai RM1.49 juta, dalam Ops Taring Alpha 1 di sekitar Lembah Klang, pada Sabtu.
Transcript
00:00Polis melumpuhkan rangkaian penyimpanan dan pengedaran rokok seludup dengan menahan dua lelaki serta merampas pelbagai barangan berinlai RM1.49 juta
00:09dalam Ops Taring Alpha 1 di sekitar Lembah Kelang pada Sabtu.
00:13Menurut Komanda Biru Kawalan Jenayah Hidupan LIA, Perisikan Siasatan Khas Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraan Awam Bukit Aman, Datuk
00:20Muhammad Zaki Ashar,
00:21Operasi itu dijalankan di tiga lokasi iaitu Taman Seri Sentosa, Kuala Lumpur, Semenyeh dan Damansara Damai, Petaling Jaya, Selangor.
00:31Beliau berkata dua lelaki yang ditahan, masing-masing berusia 20 dan 22 tahun, dipercayai berperanan sebagai penghantar rokok.
00:40Siasatan awal mendapati mereka menjalankan aktiviti itu masing-masing selama kira-kira 4 dan 6 bulan.
00:45Pemeriksaan menemukan stok rokok dalam kuantiti besar membabitkan pelbagai jenama antaranya John J.D.B., John J.D.B. Super
00:53Slims, Zone King dan Canyon Premium.
00:56Selain itu, polis turut menyita dua kenderaan mewah jenis Toyota Velfire dan Toyota Alphard, telefon bimbit serta wang tunai berjumlah
01:04RM26,415 yang dipercayai mempunyai kaitan dengan aktiviti berkenaan.
01:10Muhammad Zaki berkata maklumat awal mendapati, premis yang diserbu dipercayai digunakan sebagai lokasi penyimpanan sementara rokok sebelum bekalan berkenaan dihantar
01:20ke premis sekitar Kuala Lumpur.
01:22Beliau berkata siasatan turut dijalankan bagi mengenalpasti individu lain yang dipercayai terlibat dalam rangkaian terbabit, termasuk pihak yang mengatur urusan
01:30pengambilan dan penghantaran bekalan melalui aplikasi komunikasi dalam talian.
01:35Muhammad Zaki berkata kedua-dua lelaki terbabit ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 135-1-D Akta Kastam 1967, manakala
01:46semua barang rampasan diserahkan kepada pegawai penyiasat untuk tindakan dan siasatan lanjut.
01:50Sementara itu, beliau berkata dalam tempoh 1 Januari hingga Ahad, pihaknya telah melancarkan 237 serbuan di seluruh negara dan menahan
02:00411 individu atas pelbagai kesalahan berkaitan penyeludupan barangan kontraben dengan nilai rampasan dianggarkan RM312,523,899.
02:13Terima kasih kerana menonton!
Comments

Recommended