Skip to playerSkip to main content
  • 5 hours ago
Kedutaan AS di kira-kira 10 negara menggesa rakyatnya bersedia meninggalkan Asia Barat jika konflik terus memuncak.
Transcript
00:00Kedutaan Amerika Syarikat di kira-kira 10 negara Asia Barat menggesa rakyatnya supaya berwaspada dan mempertimbangkan untuk meninggalkan rantau itu
00:09sekiranya konflik semakin memuncak.
00:12Amaran keselamatan hampir sama dikeluarkan pada Sabtu menerusi laman web kedutaan Amerika di beberapa negara termasuk Israel, Jordan, Iraq, Mesir,
00:22Bahrain, Emirah Arab Bersatu, UAE, Qatar dan Arab Saudi.
00:27Warga Amerika Syarikat di luar negara turut diminta meningkatkan kewaspadaan dan bersedia menghadapi kemungkinan pembatalan penerbangan, penutupan ruang udara secara
00:37bekala serta gangguan perjalanan.
00:39Rakyat Amerika yang berada di luar rantau itu pula dinasihatkan supaya mempertimbangkan semula secara serius barang perjalanan ke atau melalui
00:47Asia Barat.
00:47Dalam perkembangan berkaitan, pemerintah pusat Amerika Syarikat Senkom menerusi hantaran di PlatformX memaklumkan sebuah helikopter CH-47 Chinook milik tentera
00:58darat Amerika Syarikat sedang bersiap sedia untuk mendarat di Asia Barat.
01:02Menurut Senkom, helikopter berotor berkembang itu direka untuk mengangkut anggota, peralatan dan bekalan dalam pelbagai persekitaran operasi.
01:10Agensi Berita Separa Rasmi Iran Tasnim sebelum itu melaporkan Tehran menyediakan pelan tindak balas menyeluruh terhadap kemungkinan serangan ke atas
01:18infrastrukturnya.
Comments

Recommended