Skip to playerSkip to main content
Pemandu kereta warga Bangladesh yang tular dalam kes merempuh seorang penghantar makanan sehingga maut ketika berhenti di lampu isyarat, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Shah Alam pada Jumaat atas satu pertuduhan memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian.

Pekerja kebun, Md Habibullah, 28, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret, Ameera Mastura Khamis.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/789189/berita/semasa/pemandu-warga-bangladesh-didakwa-pandu-melulu-sebabkan-kematian-penghantar-makanan'

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #Mahkamah #Langgarpenghantarmakanan

Category

🗞
News
Transcript
00:00Pemandu kereta warga negara Bangladesh yang tular dalam kes merempuh seorang penghantar makanan sehingga maut ketika berhenti di lampu isyarat
00:08mengaku tidak bersalah di Mahkamah Magistrik Sya'alam pada Jumaat atas satu pertuduhan memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian Muhammad
00:17Jafni Baharudin, 29 tahun, disimpang empat lampu isyarat Jalan Persiaran Mukhtar Dahari, Punca Alam pada jam 8.23 malam, 21
00:27Julai lalu.
00:28Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 41-1 Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman penjara antara 5 hingga 10 tahun serta
00:41denda RM20,000 hingga RM50,000 jika sabit kesalahan.
00:46Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM15,000 dengan dua penjamin tempatan.
00:52Mahkamah turut menetapkan syarat tambahan supaya tertuduh melaporkan diri di balai polis sekali setiap bulan serta lesin memandunya digantung sehingga
01:02kes selesai.
01:03Kes disebut semula 25 September depan.
Comments

Recommended