00:00DAP menegaskan akan terus menyokong Perdana Menteri Anwar Ibrahim
00:04walaupun parti itu bakal menilai sama ada pemimpinnya
00:08perlu kekal dalam kerajaan perpaduan selepas prestasi buruk pada PRN Sabah.
00:13Setiausaha agon DAP, Lok Siofuk berkata,
00:17kekalahan di semua 8 kerusi yang ditandingi di Sabah
00:20perlu dijadikan pengajaran kerana kelangsungan parti
00:23bergantung kepada sokongan rakyat.
00:26Bagaimanapun beliau menegaskan,
00:27penilaian itu bukan bermaksud DAP akan keluar daripada kerajaan
00:32atau menarik balik sokongan terhadap Anwar.
00:35Menurut Lok, ahli parlimen DAP akan terus menyokong kerajaan
00:39sehingga PRU akan datang
00:41selain tidak akan menyertai sebarang usaha untuk menggulingkan kerajaan.
00:45Beliau turut mengakui DAP dilihat kurang lantang sejak berada dalam kerajaan
00:50namun menegaskan parti itu tetap membawa isu penting dalam mesyuarat kabinet
00:54walaupun perbincangan tersebut tidak didedahkan kepada umum.
00:58Azurin Zainal, FMT
Comments