00:00Memberi tumpuan kepada keselamatan dan kepercayaan digital pada hari pertama
00:04Persidangan Kawal Selia Antarabangsa IRC 2026 hari ini
00:08beralih kepada diskusi mengenai teknologi masa depan dan kerangka kawal selia
00:13yang lebih bersifat future ready.
00:16Untuk perkembangan lanjut kita terus bersama rakan setugas Amzar Alif
00:20di Shangri-La, Kuala Lumpur. Silakan.
00:25Baik, terima kasih rakan setugas Gigi di studio.
00:28Saya kini berada di Shangri-La, Kuala Lumpur bagi mengikuti hari kedua
00:33Persidangan Kawal Selia Antarabangsa atau IRC 2026
00:36Anjuran Suranjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia MCMC.
00:40Dan jika semalam perbicaraan terarah kepada memperkukuh keselamatan cyber,
00:47pelindungan kanak-kanak dan juga accountability platform digital itu sendiri
00:51namun hari ini perbicaraan berubah atau beralih kepada isu lebih besar
00:55iaitu berkenaan dengan teknologi dan komunikasi kuantum.
01:00Dan untuk bercakap mengenai perkara atau topik tersebut, kita bawakan kepada anda
01:04pakar daripada Fakulti Sains Universiti Malaya Jabatan Fizik iaitu Prof. Raymond.
01:10Apa khabar Prof?
01:11Khabar baik.
01:13Baik Prof.
01:13Bila bercakap mengenai dengan teknologi dan komunikasi kuantum ini,
01:18topik itu agak berat.
01:19Jadi ramai mungkin masih berfikir berkenaan dengan teknologi masa depan
01:23yang susah untuk diadapt untuk negara kita khususnya.
01:26Jadi mungkin Prof boleh terangkan secara ringkas mengenai dengan komunikasi kuantum itu
01:31dan juga mengapa ia jadi topik perbincangan semasa sesi dialog sebentar tadi Prof.
01:36Ya, teknologi kuantum ini agak sensitif berdasarkan elemen-elemen atomik fizik yang sangat halus.
01:48Jadi di seluruh dunia, terutamanya di China dan US, mereka telah membangunkan teknologi kuantum ini
01:59kepada tahap yang boleh mengkomersialiskan produk.
02:05Jadi Malaysia seharusnya cuba mengikut jejak mereka supaya kita tidak ketinggalan
02:16teknologi ini sangat canggih dan ia akan memberi kelebihan dan pembangunan kepada negara.
02:31Jadi seperti mana Prof kata sebenarnya tadi iaitu Malaysia sedang memperkukukan ekonomi digital
02:38dan juga dari segi yang percepatkan penggunaan teknologi baru itu sendiri.
02:42Jadi dalam konteks komunikasi kuantum itu sendiri, bagaimana peluang ini dapat dimanfaatkan oleh negara kita sendiri
02:49mungkin dari sehari pembangunan teknologi atau komunikasi kuantum sendiri atau boleh dibeli dari negara luar atau bagaimana Prof?
02:55Ya, teknologi ini kita seharusnya dibangunkan di dalam Malaysia sendiri dan bukan beli produk dari luar negara
03:08supaya kita tidak perlu memeluangkan banyak wang kepada luar negara.
03:19Jadi kalau kita membangunan teknologi ini sendiri, kita ada banyak kelebihan.
03:25Kita dapat mempelajari dan juga membuat inovasi dan juga menjual produk ini.
03:33Keselamatan cyber adalah satu daripada sektor yang akan mendapat manfaat dari teknologi kuantum ini.
03:45Banyak kes-kes keselamatan cyber di masa ini kerana teknologi digital semakin menjadi penting.
03:57Jadi kita harus memastikan data-data yang digunakan adalah selamat dan tidak dicerobohi, di eavesdropping.
04:10Jadi teknologi kuantum ini boleh memastikan data yang dikomunikasi oleh mana-mana pihak tidak dicerobohi, tidak di eavesdropping.
04:26Dia dapat dikesan jika terdapat sebarang eavesdropping kerana ia menggunakan sifat kuantum yang amat halus.
04:39Sifat kuantum ini, umpamanya, foton tidak boleh di-fotokopi.
04:54Jika ia di-fotokopi, ia akan dikesan.
05:00Inilah sifat yang membolehkan kita guna ia sebagai teknologi yang selamat cyber security.
05:09Baik, terima kasih Prof untuk perkongsian tersebut.
05:11Jadi itu antara topik perbincangan dalam sesi dialog sebentar tadi berkenaan dengan teknologi dan komunikasi kuantum
05:18yang amat memberi manfaat dari segi keselamatan cyber di negara kita khususnya.
05:23Jadi, Gigi, saya kira setakat itu saja saya boleh kongsikan dari Shangri-La, Kuala Lumpur.
05:27Untuk jam ini, kita kembali kepada Gigi di studio.
05:31Terima kasih.