Skip to playerSkip to main content
  • 4 hours ago
Suasana kempen pada PRN Negeri Sembilan ke-16 dilihat kekal harmoni apabila calon daripada pelbagai parti terus berkempen secara berhemah sambil memberi tumpuan kepada agenda dan keperluan rakyat. Wartawan Astro AWANI, Farhan Hakimi, ada laporannya.
Transcript
00:00Menjelang pilihan raya negeri PRN Negeri 9 ke-16 dan kempen sudah masuk hari ke-5, calon daripada pelbagai parti
00:08giat turun bertemu pengundi bagi menyampaikan tawaran serta manifesto masing-masing.
00:13Di sebalik persaingan politik, suasana kempen setakat ini dilihat berlangsung dalam keadaan harmoni dan berhemah sekaligus mencerminkan kematangan demokrasi.
00:22Rakan tugas Farhan Hakimi yang berada di Bahau ada laporannya. Silakan Farhan.
00:33Terima kasih Gigi di Bukit Jalil. Saya ketika ini berada di Pekan Bahau. Pekan yang berada di bawah Dun N08
00:41Bahau di bawah Parlimen P127 Jempul.
00:45Dan kalau kita lihat di Dun Bahau ini mencatatkan jumlah pengundi seramai hampir 26,000 orang pengundi berdaftar.
00:54Dan kalau kita lihat pilihan raya PRN Negeri 9 ke-16 kali ini bukan sahaja menyaksikan calon-calon dari pelbagai
01:00parti turun padang menyantuni rakyat dan juga bertanyakan keadaan ataupun masalah yang dihadapi rakyat di peringkat akar umbi.
01:11Tetapi turut memperlihatkan suasana kempen yang berlangsung dalam keadaan aman, harmoni dan juga berhemah.
01:17Dan walaupun setiap parti tampil dengan pendekatan serta tawaran masing-masing untuk meraih sokongan, kalau saya boleh lihat berdasarkan observasi
01:25saya dan juga tinjauan saya di kawasan-kawasan yang saya kunjungi sepanjang beberapa hari yang lalu.
01:32Dan ini kalau kita lihat adalah hari ke-5 berkempen. Apa yang saya boleh rumuskan selama tempoh itu, fokus kempen
01:41pada PRN kali ini dilihat lebih tertumpu kepada penyampaian agenda, idea, agenda pembangunan dan usaha mendengar sendiri denyut nadi rakyat.
01:51Kalau saya boleh kongsikan apa yang saya lakukan pada hari ini, sejam yang lalu sebelum lintas langsung ini bermula, saya
01:58sempat bertemu dengan calon Pakatan Harapan PH Dun Bahau
02:01yang juga penyandang kerusi Dun Bahau ini, YB Teo Kok Xiong yang berdepan Chong Fui Ming daripada Parti Barisan Nasional
02:10BN dalam saingan satu lawan satu pada PRN kali ini.
02:14apabila saya bertanyakan mengenai saingan satu lawan satu ini, beliau hanya berkata, oh YB calon Chong Fui Ming dari BN
02:24ini merupakan kawan lama beliau dan beliau juga menyatakan bahawa saudara Chong ini sempat menyatakan bahawa all the best untuk
02:33kempen pada kali ini.
02:35bermaksud, suasana di Bahau ini dan juga beberapa kawasan lain saya boleh simpulkan berlangsung dalam keadaan yang sangat harmoni walaupun
02:44Teo menang kerusi di Dun Bahau ini dengan majoriti selesa 8408 undi pada PRN yang lalu.
02:51dan semalam juga saya berada di Kuala Kelawang dan bertemu dengan calon Perikatan Nasional BN kawasan itu, Saudara Dani Rais
03:01yang berdepan dengan sepupunya sendiri, calon Pakatan Harapan PH, Datuk Bakri Sawir.
03:09dan saya bertanyakan, adakah ini menjadikan sedikit orang kata awkwardlah sebab berdepan dengan sepupunya sendiri?
03:19beliau kata tidak ada masalah kerana apa yang lebih penting adalah kita menawarkan agenda dan juga khidmat kepada rakyat dan
03:28itulah yang perlu dinilai oleh masyarakat setempat.
03:31begitu juga dengan jawapan yang dikemukakan oleh Datuk Bakri Sawir, beliau menyatakan bahawa tiada masalah walaupun beliau berdepan dengan sepupunya
03:39sendiri kerana beliau mengatakan bahawa pada akhirnya
03:42masyarakat akan menilai sendiri agenda dan juga manifesto yang ditawarkan.
03:47begitulah suasana kempen di Negeri Sembilan pada kali ini.
03:51dan kalau mungkin anda ada lihat sedutan video di bidang sosial yang memaparkan Datuk Jalaluddin Alias yang merupakan calon Barisan
04:00Nasional BN untuk Don Pertang,
04:02beliau juga pada hari penamaan calon bersalaman dengan calon-calon lain daripada pelbagai parti dan beliau kata,
04:11macam mana nak lawan ini semua kawan-kawan saya saja?
04:13itu menunjukkan betapa harmoninya suasana berkempen pada hari ini.
04:18begitu juga dengan rakyat saya tanyakan adakah pilihan anda calon atau parti?
04:22mereka mengatakan bahawa sebenarnya mereka tidaklah begitu mementingkan parti.
04:28apa yang lebih penting adalah calon-calon yang boleh bertemu rakyat,
04:32memberikan penyelesaian kepada masalah-masalah yang dihadapi untuk masyarakat setempat
04:37dan itulah penilaian utama mereka untuk PRN kali ini.
04:42dan dengan hari pengundian yang semakin hampir pada 1 Ogos nanti,
04:45suasana kondisif ini bukan sahaja memberi ruang kepada pengundi membuat penilaian dengan lebih tenang,
04:52tetapi ia sekaligus mencerminkan kematangan proses demokrasi di negeri sembilan itu sendiri.
04:59dan tentunya saya akan bergerak dari satu kawasan ke satu kawasan yang lain,
05:02selepas ini saya akan ke kawasan Palung untuk meninjau sendiri keadaan masyarakat setempat di situ
05:07dan juga bertemu dengan calon-calon yang bertanding dan akan saya bawakan dari semasa ke semasa
05:13dan cerap data-data yang saya dapat dan kemudian laporkan kepada anda di semua platform Israwani.
05:19Kita kembali ke Jiji di Bukit Jalil.
Comments

Recommended