Skip to playerSkip to main content
  • 18 hours ago
Polis dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia pada Isnin menahan seorang lelaki yang disyaki memuat naik hantaran berunsur penghinaan serta menyentuh isu agama, kaum dan institusi diraja atau 3R di aplikasi Threads.

Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Alzafny Ahmad berkata, lelaki berusia 52 tahun itu ditahan jam 1 tengah hari di Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban bagi membantu siasatan.
Transcript
00:00Polis menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung hantaran di aplikasi threats yang mengandungi kenyataan berunsur penghinaan serta menyentuh sensitiviti
00:10institusi diraja Negeri Sembilan.
00:13Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Al-Zafni Ahmad berkata, lelaki berusia 52 tahun itu ditahan jam 1.30 pada Isinan
00:21dalam operasi bersama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, MCMC.
00:26Polis turut merampas sebuah telefon bimbit milik suspek bagi membantu siasatan.
00:31Siasatan awal mendapati hantaran itu dimuat naik pada 17 Julai dan pengadu hanya menyedari kewujudan hantaran berkenaan pada 18 Julai
00:40sebelum dia tampil membuat laporan.
00:42Permohon reman akan dibuat pada Selasa di Mahkamah Seremban mengikut Seksyen 4 Akta Hasutan 1948, Seksyen 505 Kanun Kesiksaan serta
00:52Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Comments

Recommended