00:00Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata, siasatan terhadap pelaburan kumpulan wang persaraan diperbadankan atau KWAP dalam Syarikat Teknologi Aquakultur Indonesia, E
00:11-Fishery, perlu turut meneliti proses penilaian dan keputusan panel pelaburannya.
00:16Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, siasatan peseruan jaya pencegahan rasuah Malaysia atau SPRM perlu menjurus kepada aspek itu bagi
00:26memastikan setiap keputusan pelaburan dibuat mengikut tata kelola yang sewajarnya.
00:31Anwar turut menegaskan kerajaan tidak akan bertolak ansur sekiranya siasatan mendapati wujud unsur penyelewengan atau rasuah dalam keputusan pelaburan berkenaan.
00:41Sebelum ini, Ketua Peseruan Jaya SPRM Abdul Halim Aman memaklumkan, satu pasukan khas ditubuhkan bagi meneliti kerugian pelaburan RM200 juta
00:52itu secara menyeluruh.
00:54Manakala Kementerian Keuangan mengesahkan KWAP menjadi mangsa penipuan terancang susulan manipulasi laporan keuangan oleh pengurusan E-Fishery.
01:03KWAP dilaporkan melabur sebanyak RM47.7 juta dalam E-Fishery pada Julai 2023.
01:12Tahun lalu, pengasas bersama syarikat itu, Gibran Huzaifah, dijatuhi hukuman penjara sembilan tahun di Indonesia selepas disabitkan kesalahan pecah amanah
01:22dan pengubahan wang haram.
Comments