00:00Ketua Pemuda PKR Kamil Muni mendakwa kerjasama Barisan Nasional dan Perikatan Nasional pada PRN Negeri Sembilan
00:08lebih didorong kepentingan politik berbanding agenda membela rakyat.
00:13Kamil berkata kerjasama itu dilihat sebagai usaha membina momentum untuk mencabar kepimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim
00:21dengan memainkan isu kaum dan agama bagi meraih sokongan pengundi Melayu.
00:26Sebelum ini pengurusi BN Ahmad Zahid Hamidi berkata kerjasama BNPN menjadi medan menguji formula penyatuan Melayu dan Islam
00:35yang berpotensi menjadi asas jajaran politik baru menjelang PRU-16.
00:41Bagaimanapun Ahli Parlimen Basir Gudang Hasan Karim menyifatkan kerjasama itu sebagai perkara biasa dalam politik
00:48dan berkata PH tidak wajar merungut kerana pakatan politik sentiasa berubah mengikut keadaan.
00:55Menurut Kamil, perbalahan antara parti pembangkang sebelum ini membuktikan tiada kawan atau lawan yang kekal dalam politik
01:02sebaliknya kepentingan untuk berkuasa menjadi keutamaan.
01:07Zaharul Alam, Yahya Syahir, FMT
Comments