00:00Seramai 78 warga asing etnik Rohingya diluluskan status pelarian di bawah program dokumen pendaftaran pelarian DPP.
00:08Kementerian Dalam Negeri KDN memaklumkan proses itu dilaksanakan selepas tapisan keselamatan dan penentuan status terhadap tahanan warga negara Myanmar.
00:19Jelas KDN, 78 etnik Rohingya itu merupakan sebahagian daripada 128 tahanan warga Myanmar yang dipindahkan ke pusat pengasingan khas pelarian
00:30dan pemohon suaka di Pidor, Perak.
00:33Program DPP yang bermula pada 1 Januari lalu bertujuan menguruskan pendaftaran maklumat biometrik, tapisan keselamatan serta proses pengesahan status bagi
00:43migran yang memohon pelindungan sementara.
00:45Bagi fasa pertama, seramai 4,010 tahanan di depot tahanan imigresin seluruh semenanjung Malaysia telah didatakan.
00:53Ia merangkumi 4,008 warga Myanmar, seorang warga Sudan dan seorang dari Syria.
00:59Kata KDN, fasa kedua program DPP yang melibatkan pemegang kad UNHCR dan individu yang mengaku sebagai pelarian di luar depot
01:08tahanan imigresin dijadwalkan bermula pada separuh kedua tahun ini.
01:12Proses pendaftaran disasarkan selesai sepenuhnya menjelang 31 Disember 2029.
01:19Pemegang DPP yang sah boleh dipertimbangkan untuk mendapat akses kepada bantuan dan perkhidmatan sosial seperti pekerjaan, kesihatan dan pendidikan secara
01:29bersyarat serta di bawah seliaan kerajaan.
01:32Bagaimanapun pemegang DPP tetap tertakluk kepada Undang-Undang Malaysia dan boleh dikenakan tindakan sekiranya melanggar syarat yang ditetapkan.
Comments