00:00Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata Malaysia sedang mengkaji keperluan mewujudkan stok simpanan petrolium negara
00:06bagi mendepani krisis bekalan global sebagai langkah siap-siaga demi keterjaminan tenaga jangka panjang.
00:13Langkah ini diambil sesulah lonjakan harga minyak dunia melebihi $85 setong
00:18akibat serangan AS ke atas Iran yang melumpuhkan laluan kapal dagang di Selat Hormuz, kata Anwar.
00:26Ketegangan bertambah parah apabila Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengenakan semula sekatan ke atas Iran
00:34dan menuntut bayaran pelindungan daripada negara teluk sekaligus mencetuskan kebimbangan gangguan bekalan di Asia Tenggara.
00:42Sementara itu, Anwar mengumumkan kapasiti terpasang tenaga boleh berharu atau TBB negara telah ditingkatkan kepada 31% setakat Desember
00:52selaras usaha mengurangkan kebergantungan kepada arang batu dengan memperluaskan penggunaan diesel campuran biodiesel atau B-15.
01:01Agenda Hijau Negara giat diperluaskan menerusi penggunaan pengangkutan awam berkuasa elektrik,
01:08termasuk operasi 250 bas elektrik serta rangkaian ril sepanjang kira-kira 800km.
01:15Malah di Sarawak, fasa pertama hub hidrogen yang akan membekalkan bahan api dijangka siap hujung tahun ini, kata Anwar.
01:23Haiwi Izzati, FMT
Comments