Skip to playerSkip to main content
Kenapa gaji kita masih terasa rendah walaupun semakin meningkat?

Ramai yang membandingkan gaji di Malaysia dengan negara seperti Singapura atau Australia. Tetapi persoalan yang lebih penting ialah: adakah gaji kita rendah berbanding produktiviti yang kita hasilkan?

Hakikatnya, dalam beberapa tahun kebelakangan ini, pertumbuhan gaji sebenarnya telah mengatasi pertumbuhan produktiviti. Ini berita baik kerana pekerja turut menikmati hasil pertumbuhan ekonomi. Namun, cabaran sebenar ialah produktiviti Malaysia masih meningkat pada kadar yang perlahan.

Ringkasnya, jika produktiviti kekal rendah, ruang untuk menaikkan gaji juga akan terus terhad. Sebab itu, perbincangan tentang gaji tidak boleh dipisahkan daripada produktiviti.
#NiagaAWANI
Transcript
00:02Selama berdekat wujud kelonggaran hubungan, kita panggil sebagai decoupling,
00:07di mana lonjakan output industri tidak dicerminkan secara adil pada slip gaji pekerja.
00:12Model ekonomi kita terlalu lama terperangkap dalam rantaian nilai rendah dan kebergantungan kepada kos burung murah.
00:19Kita tidak boleh lagi mengharapkan peningkatan produktif secara organik.
00:23Sebab itu, intervensi dasar seperti penetapan gaji minima dan peluasan dasar gaji progresif bukan lagi satu pilihan sebenarnya,
00:34tetapi satu keperluan yang mendesak.
00:36Langkah ini memaksa industri beralih daripada persaingan kos murah kepada inovasi berteknologi tinggi sebenarnya.
00:43Melalui insentif dasar gaji progresif, kita sedang membina sebenarnya satu ekosistem di mana majikan dan pekerja saling melengkapi.
00:52Gaji sebenarnya boleh memacu produktiviti.
Comments

Recommended