00:00Kerajaan Melaka akan mengkaji kaedah terbaik bagi menyelesaikan masalah banjir di negeri itu, terutamanya di kawasan Tanjung Minyak yang telah
00:09berlarutan lebih 30 tahun.
00:11Menurut Ketua Menteri Datuk Seri Abdul Rao Fisoh, langkah itu termasuk meneliti syur serta calangan dikemukakan agensi berkaitan bagi mengenalpasti
00:21penyelesaian jangka panjang untuk mengurangkan kejadian banjir yang kerap melanda kawasan terbabit.
00:29Mengulas kejadian banjir yang berlaku di beberapa kawasan di negeri itu, beliau berkata hujan lebat yang melepasi paras kebiasaan menyebabkan
00:37sistem takungan air tidak mampu menampung jumlah air yang banyak sehingga melimpah ke kawasan perumahan.
00:43Jumlah taburan kumulatif hujan tertinggi iaitu melebihi 100mm telah dicatatkan di dua daerah iaitu Melaka Tengah dan Alur Gajah pada
00:522,5 petang Sabtu.
00:53Setakat ahad, lebih 900 mangsa daripada kiri-kiri 300 keluarga ditempatkan di beberapa PPS di seluruh negeri dan kerajaan akan
01:02memastikan kebajikan mereka terus diberi perhatian sehingga keadaan kembali pulih.
01:07Abdul Raouf berkata kerajaan negeri turut mengarahkan semua agensi berkaitan berada dalam keadaan siap-siaga bagi memastikan tindak balas kepada
01:15mangsa banjir dapat dilaksanakan secepat mungkin.
01:18Katanya, bantuan segera kepada mangsa yang terjejas turut diselaraskan oleh pejabat daerah dan akan disalurkan oleh kerajaan negeri.
01:25Terima kasih telah menonton!
Comments