00:00Satu kegiatan mengemis oleh warga asing yang memanipulasi orang kurang upaya tempatan
00:06ditumpaskan Jabatan Imigresen Malaysia dalam operasi sekitar Jalan Dangwangi dan Jalan Tuanku Abdul Rahman di Ibu Negara pada malam Jumaat.
00:14Jelas imigresen, sejak Januari lalu, modus operandi mereka adalah meraih simpati orang ramai yang dianggarkan
00:20mampu menjana pendapatan antara RM100 hingga RM200 setiap malam.
00:28Dalam operasi itu, imigresen melakukan pemeriksaan terhadap 10 individu, membabitkan 5 warga tempatan dan 5 warga asing.
00:37Hasil operasi membawa kepada penahanan 5 wanita warga Indonesia berusia antara 29 hingga 56 tahun.
00:45Semakan awal mendapati 2 daripada mereka menyalahgunakan pas lawatan kerja sementara bagi sektor pembantu rumah dan pas lawatan sosial.
00:54Seorang lagi didapati tinggal lebih masa manakala 2 individu tidak memiliki sebarang pas atau dokumen perjalanan yang sah.
01:02Imigresen turut menyita 3 pasport Indonesia, pelbagai barangan yang digunakan dalam kegiatan berkenaan,
01:09serta wang tunai RM159 yang dipercayai hasil daripada aktiviti mengemis itu.
01:16Siasatan mendapati sindikat terbabit menggunakan warga tempatan yang merupakan OKU cacat penglihatan untuk meraih simpati orang ramai.
01:25Warga Indonesia terbabit akan memimpin OKU ke lokasi tumpuan awam sambil berpura-pura sebagai pasangan suami isteri bagi mengaburi pihak
01:35berkuasa.
01:36Orang ramai yang menghulurkan sumbangan pula akan diberikan tisu sebagai balasan bagi mewujudkan gambaran seolah-olah aktiviti jualan sedang dijalankan.
01:46Kesemua suspek dibawa ke pejabat imigresen untuk tindakan lanjut.
01:51Terima kasih telah menonton!
Comments