Skip to playerSkip to main content
Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Dr Johari Abdul mengingatkan Ahli Parlimen supaya mengambil serius pemeriksaan kesihatan berkala, susulan seorang wakil rakyat kini menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN).

Beliau memaklumkan mengenai perkara itu sebelum sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

#SinarHarian #BeritaSemasa #DewanRakyat
Transcript
00:00Pemeriksaan kesihatan seperti biasa akan diteruskan pada tahun 2026 dengan kerjasama Kementerian Kesihatan.
00:10Program ini telah dilaksanakan secara berterusan sejak tahun 2023 dan kini telah memasuki tahun yang keempat.
00:20Pemeriksaan kesihatan ini sangat membantu dalam mengesan sebarang isu berkaitan kesihatan
00:26oleh yang berhormat di peringkat awal dan seterusnya membolehkan langkah-langkah pencegahan
00:32serta proaktif melalui pengubahsuaian gaya hidup, pengambilan ubat-ubatan atau intervensi perubatan awal yang bersesuaian dengan segera.
00:45Saya merakamkan ucapan terima kasih dan syabas kepada semua alian berhormat yang telah menjalani pemeriksaan kesihatan sepanjang pelaksanaan sebelum ini.
00:56Saya juga merakamkan pengargaan kepada Kementerian Kesihatan atas sokongan komitmen dan kerjasama erat
01:04yang diberikan dalam menjayakan pelaksanaan program ini.
01:08Sebarang pertanyaan mengenai pemeriksaan ini boleh diajukan kepada Datuk Dr. Murugesu Raju,
01:16Ketua Klinik Kesihatan Parlimen Malaysia.
01:19Yang Merhormat sila ambil perhatian dan serius tentang ini.
01:24Semalam juga kita mempunyai seorang ahli parlimen yang mengalami kesihatan yang serius dan kini beliau berada di IJN.
Comments

Recommended