00:00Majlis Media Malaysia melancarkan semak berita, satu mekanisme khas bagi membantu orang ramai menyemak kesahian kandungan berkaitan pilihan raya yang
00:10meragukan dipalsukan atau dimanipulasi.
00:14Inisiatif perintis itu akan bermula pada Isnin, sempena pilihan raya negeri Johor ke-16 bagi membendung penyebaran maklumat palsu sepanjang
00:23tempoh kempen.
00:27Menurut Majlis Media Malaysia, maklumat palsu kini tidak lagi hanya berbentuk kabar angin.
00:32Ia turut melibatkan grafik berita palsu, tangkap layar yang dimanipulasi, penyalahgunaan logo media, kenyataan media rekaan dan keputusan pilihan raya
00:41palsu.
00:42Kandungan yang dijana menggunakan kercedasan buatan atau AI juga menjadi antara cabaran sepanjang tempoh pilihan raya.
00:50Pengurusi Majlis Media Malaysia, Tan Sri Nalini Padman Natan dalam kenyataannya pada Ahad berkata,
00:56Semak berita tidak menentukan kebenaran politik atau menilai manifesto dan dakwaan kemping.
01:02Sebaliknya, inisiatif itu hanya mengesahkan sama ada sesuatu kandungan benar-benar diterbitkan oleh organisasi media yang didakwa.
01:10Jika berlaku pertikaian melibatkan grafik palsu, tangkap layar berita dimanipulasi atau maklumat tidak sah berkaitan pusat mengundi dan keputusan pilihan
01:19raya Majlis Media Malaysia akan menyelaras proses pengesahan dengan pihak berkaitan.
01:25Semak berita beroperasi sepanjang tempoh PRN Johor dengan semua kemas kini dan perjelasan boleh diakses menerusi laman web rasminya.
01:33Terima kasih telah menonton!
Comments