Skip to playerSkip to main content
  • 3 hours ago
Calon Menteri Besar Johor Pakatan Harapan (PH), Dr. Maszlee Malik berdepan saingan lima penjuru bagi merebut kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Puteri Wangsa dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16.

Bekas Menteri Pendidikan itu berdepan calon Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) iaitu Ketua Pegawai Pusat Khidmat DUN Puteri Wangsa, Rashifa Aljunied; Nicholas Paul Vincent (Parti Bersama Malaysia), Teow Chia Ling (Barisan Nasional) dan calon bebas, Wang Wee Siong.
Transcript
00:00Baik, calon Menteri Besar Johor Pakatan Harapan Dr. Mazli Malik berdepan saingan lima penjuru bagi merebut kerusi Dewa Undangan Negeri
00:07Dun Puteri Wangsa dalam perihai negeri Johor ke-16.
00:11Bekas Menteri Pendidikan itu akan dicabar calon muda Rashifa Aljunit, calon Barisan Nasional BN Tiaw Chia Ling, calon parti bersama
00:19Nicholas Paul Vincent dan seorang lagi calon bebas Wang Wee Siong.
00:24Pengumuman rasmi dibuat pegawai pengurus Pusat Penamaan Calon Dun Puteri Wangsa, Zulkurnain Abdul Rahman selepas tamat tempoh penamaan calon.
00:33Saya telah menyemak kertas-kertas penamaan dan setelah selesai disemak, saya berpuas hati memutuskan tiada calon yang ditolak kertas penamaannya.
00:47Dengan ini, saya mengumumkan calon-calon yang disahkan bertanding dalam bahagian pilihan rakyat negeri N41 Puteri Wangsa mengikut susunan dalam
01:02kertas undi seperti yang berikut.
01:04Yang pertama, Nicholas Paul Vincent daripada parti bersama.
01:12Yang kedua, Wang Wee Zong dari parti bebas.
01:19Yang ketiga, Dr. Mazli Malik daripada parti PH.
01:25Yang keempat, Rashifa Al-Junid daripada parti muda.
01:32Dan yang kelima, Tio Cialing, MSTO daripada BN.
01:39Dr. Mazli tiba di Pusat Penamaan Calon dengan diiringi dua naik presiden PKR, Datuk Seri Amiruddin Syahri dan Datuk Seri
01:46Saifuddin Nasruton Ismail bersama kira-kira 300 penyokong Pakatan Harapan.
01:50Calon muda, Rashifa Al-Junid pula diiringi presiden parti itu, Amirah Aisyah Abdul Aziz bersama sekitar 100 penyokong.
01:59Marikala calon barisan nasional, Tio Cialing hadir dengan iringan naik presiden MCA, Datuk Tan Teh Cheng dan bekas ketua UMNO
02:06bahagian teberau, Datuk Maulizan Bujang.
02:08Pada piaran Johor yang lalu, kerusi Puteri Wangsa dimenangi presiden muda, Amirah Aisyah Abdul Aziz yang meraih 22,884 undi
02:17dengan majoriti 7,114 undi dalam persaingan enam penjuru.
02:23Bagaimanapun, beliau memilih untuk tidak mempertahankan kerusi itu bagi memilih tumpuan kepada persiapan menghadapi pilihan raya umum akan datang.
02:30Mengikut rekod Suruhanjaya Pilihan Raya, Dun N41 Puteri Wangsa mempunyai 128,723 pengundi berdaftar setakat 31 Mei 2026.
Comments

Recommended