- 8 hours ago
Some private hospitals charge patients using Guarantee Letters (GLs) higher rates than cash-paying patients and those using a pay-and-claim basis, according to findings by the Public Accounts Committee (PAC).
The committee also uncovered the practice of "unbundling", whereby hospitals impose separate charges for basic items that would ordinarily be included in room fees.
Read more at https://tinyurl.com/4z9z5ux9
WATCH MORE: https://thestartv.com/c/news
SUBSCRIBE: https://cutt.ly/TheStar
LIKE: https://fb.com/TheStarOnline
The committee also uncovered the practice of "unbundling", whereby hospitals impose separate charges for basic items that would ordinarily be included in room fees.
Read more at https://tinyurl.com/4z9z5ux9
WATCH MORE: https://thestartv.com/c/news
SUBSCRIBE: https://cutt.ly/TheStar
LIKE: https://fb.com/TheStarOnline
Category
🗞
NewsTranscript
00:00Isu ini dicetuskan oleh kebimbangan awam yang amat ketara terhadap kenaikan kos penjagaan kesihatan
00:07dan kemampuan rakyat untuk mengekalkan perlindungan insurans.
00:12Subungan itu, PSC telah mengadakan sesi pendengaran awam di Pulau Pinang dan Kuala Lumpur pada 14 Februari 2025
00:21dan 21 Februari 2025 yang saya moderatakan di Parlimen ini sendiri,
00:27sebanyak 19 proseding berhubung isu ini telah diadakan bermula pada 24 Februari 2025 hingga 14 Ogos 2025
00:39dan PSC telah mengambil masa selama empat hari bagi tujuan memuktamadkan penyata berkenaan.
00:47Seramai 21 saksi telah dipanggil untuk memberi keterangan seperti MOF, KKM, Bank Negara Malaysia,
00:55Persatuan Hospital Swasta, NGO, Wakil Akademik dan Industry Insurance dan Takaful, LIAM, PM, MTA.
01:06Peningkatan yang ketara dalam bil hospital dan premium insurance di Malaysia telah menjadi isu yang semakin membimbangkan,
01:14mencetus pelbagai perbincangan di media sosial, laporan media dan kenyataan rasmi.
01:20Isu ini memberi kesan langsung kepada beban kewangan rakyat,
01:25di samping menimbulkan kebimbangan mengenai keboleh capaian penjagaan kesehatan yang berkualiti.
01:32Pada Disember 2024, Bank Negara Malaysia telah membuat pengumuman penting mengenai langkah-langkah interim
01:40untuk menangani isu peningkatan premium insurance dan takaful perubatan dan kesehatan, MHIT di Malaysia seperti berikut.
01:48Pertama, pelarasan premium secara berperingkat, staggered premium adjustment.
01:54Penangguhan pelarasan premium untuk warga emas untuk tempoh satu tahun, sini support.
01:59Pilihan pengembalian polisi tanpa underwriting tambahan,
02:05policy reinstatement option dan penawaran plan insurance alternative yang mampu milik,
02:11offering more affordable plans.
02:13Kelapan, walaubagaimanapun langkah-langkah ini adalah bersifat interim dan sementara
02:20yang antara lain bertujuan untuk mengurangkan beban segera,
02:24memberi masa untuk pembaharuan jangka panjang,
02:27memberi masa untuk kerajaan dan pihak berkepentingan lain
02:31seperti KKM, MOF, Hospital Suasa dan lain-lain agensi
02:36untuk melaksanakan pembaharuan kesihatan yang lebih meluas dan mampat
02:41dan memastikan kelangsungan perlindungan.
02:46Puan yang dipertua, melalui proseding komprehensif ini,
02:50penemuan PSI telah dikelompokkan mengikut struktur isu sistemik berikut.
02:55Pertama, struktur sistem insurance dan peningkatan premium.
02:59Kerapuhan risiko atau reselection, konsep insurance swasta sediadeh Malaysia
03:05terdedah kepada amalan, pemilihan risiko dan gagal berfungsi
03:10sebagai jaringan keselamatan sosial jangka panjang
03:13kerana meminggirkan golongan rentan melalui mekanisme harga.
03:19Ketidakadilan closed pool, terdapat amalan menutup kumpulan risiko lama
03:24atau closed pool untuk menawarkan harga murah kepada peserta baru.
03:30Amalan ini menghukum peserta setia yang lama
03:33kerana apabila kumpulan mengecil dan hanya tinggal peserta sakit,
03:38kadar tuntutan melonjak lalu memaksa kenaikan premium secara mendadak.
03:43Kejutan kewangan multi tahun.
03:46Polisi berkaitan pelaburan memindahkan risiko kenaikan cost of insurance, COI
03:51mengikut usia sepenuhnya kepada pengguna.
03:54Model penetapan harga berkala, cyclical repricing,
03:59pula mencetuskan kejutan kewangan dengan kenaikan premium
04:03sekaligus mencecah 40% hingga 70%.
04:09Kedua, struktur kos hospital swasta dan mekanisme pengebilan,
04:15billing.
04:17Ketidaktelusan subsidi silang.
04:20Struktur pengebilan hospital swasta kurang ideal dan gagal mencerminkan kos sebenar.
04:27Charge item ubat-ubatan dan bekalan perubatan di markup
04:31ataupun tambahan margin keuntungan tinggi kadangkala sehingga 300%
04:37bagi menampung kos operasi wajib yang tidak di-charge atau di-subsidi
04:42seperti charge ward, ICU dan penyediaan jabatan kecemasan 24 jam
04:49termasuklah ambulance.
04:51Charge berasingan, unbundling dan diskriminasi harga.
04:57PAC menemui amalan memecahkan charge atau unbundling
05:03bagi item asas seperti pelupusan sisa klinikal, sarung bantal dan alkohol swab
05:09yang sepatutnya termasuk dalam charge bilik.
05:12Wujud juga diskriminasi harga di mana pesakit yang menggunakan surat jaminan atau GL
05:18dikenakan charge, kadar charge yang lebih tinggi berbanding pesakit tunai
05:22atau pay and claim.
05:25Ketiga, inflasi perubatan dan jurang regulatory, regulatory gap.
05:31Punca utama inflasi.
05:34Faktor utama inflasi bukanlah yuran profesional doktor
05:37yang telah dikawal ketat di bawah Akta 586 sejak tahun 2013.
05:43Tetapi lonjakan komponen charge bukan profesional.
05:47Hospital swasta, bekalan, peralatan, ubat-ubatan, ujian makmal dan teknologi mewah
05:53yang tidak tertakluk kepada sebarang kawal selia.
05:59Monopoli pasaran ubat.
06:01Sektor swasta dikuasai oleh 94% ubat import.
06:07Terdapat lebih 1,500 jenis ubat yang hanya mempunyai satu pengeluar berdaftar di Malaysia.
06:14Sekaligus mewujudkan monopoli menetapkan harga tinggi tanpa persaingan.
06:20Penguatkuasaan paparan harga ubat runcit di bawah Akta 723 baru bermula pada 1 Mei 2025.
06:28Keempat, reformasi sistemik.
06:32Reset.
06:32Ini reset apa ya, kesihatan.
06:35DRG, rakan KKM dan hospital bukan untung.
06:39Inisiatif reset dan DRG.
06:41Kerangka pembaharuan riset ada 11 inisiatif dan pelaksanaan sistem diagnosis related group DRG.
06:49Secara berfasa dari 2026 dilihat mampu mengalihkan model keuntungan prosedur kepada kecekapan klinikal
06:57namun ia memerlukan pangkalan data bersepadu dan rekod perubatan elektronik kebangsaan.
07:05Model alternatif mampu milik.
07:07Model hospital bukan berasas keuntungan.
07:10Seperti hospital Tung Sin terbukti mampan menyediakan rawatan berkualiti pada kos asal tanpa motif untung.
07:24Tetapi memerlukan sokongan pengecualian cukai yang konsisten.
07:27Program rakan KKM juga diluncurkan sebagai pilihan ekonomi premium untuk golongan M40
07:33melalui model subsidi silang bagi membantu pesakit B40.
07:39Kelima, kesan domino kepada sektor kesihatan awam.
07:45Kurang kesedaran pencegahan.
07:47Majoriti rakyat Malaysia diapati kurang kesedaran untuk melakukan saringan kesihatan awal
07:51yang menyumbang kepada pengesanan penyakit di peringkat lewat
07:55serta meningkatkan tuntutan kos rawatan akhir yang jauh lebih mahal.
08:00Kedua, kesesakan hospital kerajaan memuncak.
08:04Kegagalan rakyat mengekalkan perlindungan insurans swasta
08:08akibat premium terlalu tinggi.
08:10Mencetuskan perpindahan pesakit secara besar-besaran ke fasiliti kesihatan kerajaan.
08:17Tekanan operasional negara.
08:19Limpahan pesakit ini memanjangkan tempoh menunggu rawatan
08:22sekaligus memberi tekanan fiskal serta operasional
08:26yang amat kritikal kepada sistem kesihatan awam negara.
08:32Hasil daripada proseding yang diadakan, PSC mendapat 20 rumusan
08:36iaitu pertama, BNM, Bank Negara, beroperasi mengikut mandat
08:40menggalakkan kestabilan dan kemampanan sektor insurans
08:44dan takaful bagi melindungi kepentingan pemegang polisi.
08:47Walaupun mempunyai kuasa punit punitif,
08:50ia bersifat reaktif dan BNM tidak mempunyai instrumen undang-undang
08:54untuk mengawal punca luaran kenaikan premium
08:57iaitu kos rawatan di hospital swasta.
09:01Kedua, konsep insurans diadakan Malaysia terdedah kepada amalan pemilihan risiko,
09:06reselection.
09:07Strategi segregasi risiko oleh syarikat insurans
09:10menyebabkan golongan yang paling memerlukan perlindungan
09:14sering dipinggirkan melalui mekanisme harga.
09:18Ketiga, terdapat amalan menutup kumpulan risiko lama,
09:22close pool, untuk menawarkan harga kompetitif kepada peserta baharu.
09:27Polisi insurans berkaitan pelaburan
09:31memindahkan sebagian risiko pelaburan
09:33dan kenaikan kos perbuatan kepada pengguna.
09:36Ramai pengguna tidak menyedari bahawa
09:38cost of insurans COI akan meningkat mengikut usia
09:41yang menjejaskan kelestarian perlindungan jangka panjang.
09:46Model penetapan harga berkala,
09:49cyclical recycling oleh industri yang bertujuan
09:52menyelaraskan harga premium
09:54sering mencetuskan kejutan kewangan kepada pengguna
09:57dengan kenaikan sekaligus mencecah 40 hingga 70%.
10:01Kenaikan harga premium yang tinggi
10:03mengakibatkan terdapat segolongan pemegang polisi
10:06yang berusia 60 tahun ke atas
10:08terpaksa membatalkan polisi insurans.
10:12Mereka akibat faktor ketidakmampuan kewangan
10:16sekaligus menedahkan mereka kepada risiko
10:19tanpa perlindungan pada waktu ia amat diperlukan.
10:24Nampaknya kena bagi masa sikitlah speaker.
10:28Mekanisme pasaran bebas tidak dapat mengekalkan
10:32harga premium yang stabil dan konsisten
10:34kerana inflasi perubatan secara berterusan
10:37melebihi inflasi umum.
10:40Kenaikan premium berkait rapat dengan peningkatan
10:43kos rawatan kesihatan yang memerlukan
10:45peningkatan menyeluruh
10:46merangkumi sektor kesihatan
10:48dan bukan sektor insurans semata-mata.
10:53Kelapan, ketiadaan struktur pengambilan
10:55hospital swasta yang standar ketika ini
10:57menyebabkan kos sebenar perkhidmatan
11:00dan item-item asas
11:01tidak dapat dicerminkan secara telus.
11:06Kesembilan, terdapat amalan
11:07memecahkan cas unbundling
11:10bagi item asas seperti pelupusan
11:12sisa klinikal dan seperti yang saya sebutkan
11:16tadi yang sepatutnya termasuk dalam
11:18cas bilik atau perkhidmatan asas.
11:21Kesepuluh, wujud amalan diskriminasi
11:23harga di mana hospital mengenakan
11:25kadar cas yang lebih tinggi kepada
11:27pesakit yang menggunakan GL,
11:29surat jaminan berbanding tunai
11:31dan atau pay and claim.
11:34Kesebelas, faktor utama inflasi
11:35bukanlah yuran profesional dokter
11:37yang telah dikawal tetapi lonjak.
11:40Lonjakan cas komponen bukan profesional
11:43termasuk bekalan dan peralatan
11:46ubat-ubatan, peningkatan harga
11:48ubatan, cas ujian diagnostik dan makmal,
11:52penggunaan teknologi dan rawatan
11:54yang lebih mahal, kos operasi
11:56hospital swasta yang semakin meningkat
11:58seperti tenaga kerja, utility dan teknologi.
12:04Dalam masa yang sama, kos litigasi
12:06dan rawatan defensif juga semakin
12:08memberi tekanan. Reset merupakan
12:10pelan komprehensi sebelas inisiatif
12:12yang merangkumi ketelusan harga
12:15transformasi insurans,
12:18pemantapan sistem digital dan
12:20pelaksanaan pelan asas MHIT.
12:24Namun, kejayaannya bergantung kepada
12:26penyelarasan dasar dan kerjasama
12:28merentas agensi jika kerjasama
12:30industri tidak mencukupi.
12:33DRG ialah satu kaedah untuk menentukan
12:35bayaran rawatan kesehatan berdasarkan
12:38jenis penyakit atau keadaan pesakit
12:41dan bukannya berdasarkan setiap ujian,
12:44setiap ubat atau prosedur yang dilakukan
12:46satu per satu.
12:49Pelaksanaan DRG antara lain dilihat
12:51mampu mengalihkan model berasaskan
12:53keuntungan prosedur kepada kecekapan
12:56klinikal.
12:58Walaubagaimanapun, ia perlu memenuhi
13:00beberapa persyarat, terlebih dahulu
13:02termasuk pangkalan data yang lengkap
13:05dan sistem rekod perubatan elektronik
13:08yang bersepadu.
13:10Wujud makap median yang sangat tinggi
13:12pada pelbagai peringkat merantaian
13:14bekalan ubat, di mana ubat jenerik
13:16di hospital kadangkala di charge lebih
13:18mahal daripada ubat berjenama
13:21atau inovator.
13:25Wujud persepsi negatif terhadap
13:27kebebasan ombudsman perkhidmatan
13:30kewangan FMOS kerana model
13:33pembiayaannya datang daripada
13:35industri insurans sendiri.
13:37Minta sikit lagi, speaker ya.
13:41Ini penting.
13:42Kegagalan Akta Kemudahan dan Perkhidmatan
13:45Jagaan Kesehatan Swasta 1998
13:47Akta 586 berkembang mengikut
13:50peredaran zaman, membolehkan hospital
13:52mengenakan charge kreatif yang sah
13:54di sisi undang-undang, tetapi
13:57membebankan rakyat secara moral dan
14:00ekonomi.
14:01Data menunjukkan bahawa kebanyakan
14:03rakyat Malaysia kurang kesedaran dan
14:05minat untuk melakukan saringan
14:06kesihatan dan seterusnya menyumbang
14:08pada peningkatan tuntutan rawatan
14:10serta kelewatan rawatan yang
14:13lazimnya lebih mahal.
14:17Berlakunya kesan domino terhadap
14:20sektor kesihatan awam di mana
14:21kegagalan rakyat untuk mengamalkan
14:23gaya hidup sihat, selain kemampuan
14:27untuk terus mengekalkan perlindungan
14:29insurans swasta, telah menyumbang
14:31kepada peningkatan pesakit di hospital
14:33kerajaan.
14:36Sebagai langkah penambahbaikan, ini
14:38sure, nak habis the speaker,
14:41PSC Parlimen mengesurkan 17 perkara
14:44untuk dilaksana oleh kerajaan, terutamanya
14:47MOF, Bank Negara Malaysia dan KKM
14:51sebagai kementerian agensi bertanggungjawab
14:53berhubung isu ini, iaitu
14:55pertama, Bank Negara Malaysia diminta
14:58untuk menambah baik keperluan untuk
15:00mengukuh pengumpulan risiko merentas
15:02kumpulan, kohot, yang serupa termasuk
15:06portfolio tertutup dan mengesurkan
15:08agar keberkesanannya terus dipantau.
15:11Kedua, BNM harus mengeluarkan garis
15:13panduan operasi yang lebih terperinci dan
15:15seragam, standardized FAQ, bagi mengelakkan
15:19syarikat insurans memanipulasi tafsiran
15:22langkah-langkah interim.
15:24Ketiga, bagi menjamin keberkesanan
15:26intervensi kerajaan, BNM perlu mengenakan
15:30tindakan punitif yang tegas ke atas
15:32mana-mana pengenali insurans yang dikesan
15:35memanipulasi tafsiran atau gagal
15:38mematuhi langkah interim sehingga
15:40menjejaskan kebajikan dan kepentingan
15:43pemegang polisi.
15:44Keempat, BNM perlu memastikan
15:47industri insurans dan takaful perlu
15:49beralih kepada pelarasan premium
15:51tahunan yang lebih kecil dan stabil
15:54incremental annual reprising untuk
15:57mengelakkan kejutan kenaikan kewangan
15:59yang besar terhadap pemegang polisi.
16:01Kelima, BNM harus mengkaji semula
16:04penetapan premium mengikut kumpulan
16:06atau kohot dan mempertimbangkan
16:09penekatan yang bersesuaian dan
16:12mengkalibrasi dengan teliti bagi
16:14memperkukuh keadilan dalam perkongsian
16:17risiko sambil mengekalkan kemampuan
16:20serta kemampanan jangka panjang.
16:23Keenam, Surunjaya Persaingan
16:26Malaysia, MyCC perlu memberi panduan
16:30kepada pihak yang berkepentingan
16:32supaya amalan rundingan diskaun
16:34antara pihak hospital dan insurans
16:36bagi memastikan proses tersebut adil
16:39dan tidak menjejaskan akses pesakit.
16:43KKM perlu memastikan pelaksanaan sistem
16:46DRG di sektor swasta disegerakan
16:49untuk menggalakkan kecekapan kos.
16:51Kelapan, KKM hendaklah memastikan
16:53pindaan Akta 586 dilaksanakan
16:56bagi memberi kuasa kepada KKM
16:59mengawal selia caj perkhidmatan
17:01hospital swasta selain yuran doktor.
17:05Kelapan, KKM dan BNM hendaklah
17:09memperkasakan saluran mekanisme
17:11penyelesaian aduan bagi isu insurans
17:15dan kos perubatan supaya dapat
17:17diselesaikan dengan efisien dan berkesan.
17:20Kesepuluh, KKM dengan kerjasama KPDN
17:23perlu menetapkan mekanisme pengawalan
17:25harga bagi ubat-ubatan dan peralatan
17:27perubatan agar kekal munasabah
17:29untuk mengelakkan tiada pihak yang
17:31mengambil keuntungan berlebihan.
17:33Kesebelas, KKM perlu meneroka sumber bekalan
17:37daripada pengeluar secara terus
17:39outsourcing dengan mengutamakan
17:42pengeluar tempatan bagi mengurangkan
17:45keberkantungan kepada dominasi pembekal
17:47atau kartel tertentu.
17:50Kedua belas, MOF, BNM dan KKM perlu
17:54mewujudkan terdapat urus yang baru dan
17:55bebas untuk penjagaan kesehatan swasta
17:58bagi melindungi pengguna termasuklah
18:01untuk menyemak dan mengawal selia charge
18:03dan manfaat insurans kesihatan.
18:06Ketiga belas, KKM perlu memperkasakan
18:09dan meneroka inisiatif-inisiatif yang
18:12meluaskan akses kepada perubatan
18:14mampu milik sekaligus bertindak sebagai
18:18penanda aras harga atau benchmark
18:19bagi industri kesihatan swasta.
18:22Keempat belas, MOF, BNM dan KKM
18:26hendaklah menyegerakan pelaksanaan
18:28sepenuhnya inisiatif riset dan semua
18:31pihak berkepentingan perlu memberi
18:34sokongan berterusan bagi memastikan
18:36kos rawatan di sektor swasta dan
18:38premium insurans dapat dikawal dalam
18:40jangka masa yang panjang.
18:43Kelima belas, MOF, BNM dan KKM dan
18:46kerajaan secara keseluruhannya
18:48bersama industri insurans dan takaful
18:51serta industri perkhidmatan kesihatan
18:54perlu menggalakkan gaya hidup sehat
18:56dan penjagaan kesihatan penjegahan
18:59melalui insentif serta penawaran
19:02produk insurans dan takaful yang
19:04bersifat preventif.
19:07Keenamlas, KKM hendaklah mempergiat
19:09kempen kesedaran awam dan
19:11pembudayaan gaya hidup sehat secara
19:14komprehensif. Dalam hal ini, semua
19:16kementerian, agensi, kerajaan, JLC dan
19:18institusi pendidikan di semua peringkat
19:21perlu diwajibkan untuk menggalakkan
19:23amalan kesehatan bagi mengurangkan
19:25risiko penyakit tidak berjangkit
19:27NCD, membendung inflasi kos perubatan
19:30serta mengatasi isu kesesakan
19:33pesakit yang kritikal di hospital-hospital
19:36kerajaan. Akhirnya, ke-17, MOF,
19:40BNM dan KKM perlu menetapkan satu
19:43garis masa pelaksanaan yang munasabah
19:46dan jelas bagi semua langkah
19:48inisiatif riset dan memastikan
19:51semua persiapan dilaksanakan secara
19:54tersusun bagi menjamin kesan yang
19:56mampan dan berterusan.
19:59Terima kasih, Speaker.
20:01Terima kasih.
20:02Terima kasih.
Comments