Skip to playerSkip to main content
5 Manfaat Cuka Epal Yang Ramai Tak Tahu!

Cuka Epal (Apple Cider Vinegar) merupakan cuka yang dihasilkan melalui proses penapaian epal. Ia sering digunakan dalam masakan dan juga sebagai minuman kesihatan.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, minuman ini semakin popular dan menjadi amalan diminum setiap hari kerana mempunyai pelbagai manfaat kesihatan.

#RASA #Rasashare #cukaepal #khasiatcukaepal #manfaatcukaepal #ingatmakaningatrasa
Transcript
00:02Hmm, pernah dengar orang minum cuka apple setiap pagi?
00:05Tapi betul ke ia bagaimana untuk kesihatan?
00:07Cuka apple ataupun apple cider vinegar merupakan cuka yang dihasilkan melalui proses penapaian apple.
00:13Ia sering digunakan dalam masakan dan juga sebagai minuman kesihatan.
00:17Banyak sebenarnya khasiat amalkan minum cuka apple ni.
00:19Pertama, membantu mengawal paras gula dalam darah.
00:22Beberapa kajian menunjukkan cuka apple boleh membantu meningkatkan sensitiviti insulin
00:27dan mengurangkan kenaikan gula dalam darah selepas makan.
00:30Terutamanya bagi individu yang mempunyai masalah pra-diabetes atau diabetes jenis 2.
00:36Kedua, membantu pengurusan berat badan.
00:38Cuka apple boleh memberikan rasa kenyang yang lebih lama.
00:41Sekaligus membantu mengurangkan pengambilan kalori harian.
00:44Namun, kesannya biasanya sederhana dan perlu digabungkan dengan diet sihat serta senaman.
00:49Ketiga, menyokong kesihatan pencernaan.
00:51Sesetengah individu mendapati cuka apple membantu mengurangkan masalah kembung perut
00:55dan menyokong proses pencernaan.
00:58Kandungan probiotik semula jadi dalam cuka apple yang tidak ditapis
01:01juga dipercayai memberi manfaat kepada usus.
01:04Keempat, mengandungi antioksiden.
01:06Cuka apple juga mengandungi antioksiden yang membantu melindungi sel badan
01:10daripada kerosakan akibat radikal bebas.
01:12Kelima, boleh digunakan sebagai bahan semula jadi.
01:15Selain diminum, cuka apple juga digunakan untuk perapan makanan,
01:19sos salad, pembersih dapur semula jadi dan menghilangkan bau tertentu pada makanan.
01:23Tapi ingat, cuka apple bukan ubat ajaib.
01:26Minum secara sederhana dengan mencampurkan 1 hingga 2 sudu besar cuka apple ke dalam segelas air.
01:31Minum sebelum atau selepas makan.
01:33Dan jangan minum cuka apple tanpa dicairkan kerana ia boleh merosakkan animal gigi
01:38dan mengganggu lapisan tegak.
01:39Malah, individu yang mengambil ubat diabetes, ubat tekanan darah
01:43atau mempunyai masalah gastrik perlu mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.
01:48Terima kasih telah menonton!
01:49Terima kasih telah menonton!
01:50Terima kasih telah menonton!

Recommended