00:00Dalam perkembangan berkaitan, Iran menafikan dakwaan Amerika Syarikat bahawa Teheran setuju memberi akses kepada agensi tenaga atom antarabangsa IAEA untuk
00:09melakukan pemeriksaan nuklear serta menerima pelepasan sekatan.
00:13Penafian dibuat susulan kenyataan naik Presiden Amerika Syarikat, Jerry Vance, yang mendakwa persetujuan tersebut dicapai dalam rundingan di Switzerland.
00:24Menurut sumber tempatan Iran, agensi itu menyifatkan kenyataan Vance sebagai tidak benar dan menegaskan tiada perbincangan diadakan dalam rundingan di
00:33Switzerland berkaitan kehadiran pemeriksa IAEA di dalam Iran.
00:38Selain itu, tiada persetujuan dicapai untuk menggantung sekatan sebagai pertukaran bagi membuka semula selat hormus dan membenarkan pemeriksaan nuklear.
00:46Laporan itu turut menyebut teks bersama yang dikeluarkan oleh pengantara dari Pakistan dan Qatar mengiktiraf peranan Iran dalam mengurus selat
00:55berkenaan tanpa sebarang komitmen nuklear baharu.
00:58Dalam masa sama, sumber yang rapat dengan pasukan rundingan Iran memberitahu tiada mesyuarat empat hala diadakan selepas pusingan pertama rundingan
01:06di Switzerland dengan teks akhir dicapai melalui usaha pengantara.
01:10Tambahnya, mesyuarat itu tidak diadakan selepas satu hantaran Presiden Donald Trump di platform Truth Social yang disifatkan berunsur ancaman sehingga
01:18menyebabkan delegasi Iran meninggalkan rundingan.
01:22Dalam perkembangan berasingan, Jurucakap Kementerian Luar Iran Ismail Bagai menegaskan kerjasama dengan IAEA akan diteruskan berdasarkan peraturan sedia ada tanpa
01:32sebarang komitmen baharu dalam rundingan terkini.