00:00Lebih 300 mangsa sesat di hutan dan kawasan pendakian direkodkan Jabatan Bomber dan Pilamak Malaysia JBPM sejak tahun lalu hingga
00:08Mei tahun 2026.
00:10Ketua Pengarahnya Datuk Seri Nur Hisham Muhammad berkata bagi tempoh 5 bulan pertama tahun ini, sebanyak 52 kes melibatkan 114
00:18mangsa direkodkan.
00:22Jelasnya, trend semasa itu menunjukkan kadar kes lebih tinggi dan berpotensi melebihi rekod tahun lalu sekiranya situasi itu berterusan hingga
00:30akhir tahun.
00:32Kalau kita tengok pada kes ini, kita dapati bahawa keperluan untuk kita menangani insiden seumpama ini, dia semakin mendesak.
00:43Namun begitu, bagi peringkat Jabatan, sebenarnya kita telah mempunyai prosedur-prosedur tertentu yang apabila kita melaksanakan operasi ini akan kita
00:54guna pakai sebagai rujukan utama.
00:56Sebagai rekod, sepanjang tahun 2025, sebanyak 88 kes melibatkan 193 mangsa telah dicatatkan.
01:05Kes paling tinggi direkodkan di negeri Selangor, Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Johor dengan kejadian tertumpu di kawasan bukit, gunung,
01:14air terjun dan hutan rekreasi yang popular dalam kalangan pendaki.
01:19Statistik itu menunjukkan aktiviti pendakian dan rekreasi lasak semakin mendapat sambutan masyarakat, namun pada masa sama, aspek keselamatan perlu diberi
01:28perhatian serius.
01:31JBPM kini sedang meneliti keperluan menambah baik prosedur operasi standar iaitu SOP serta peraturan berkaitan aktiviti lasak terutama pendakian gunung
01:41bagi mengelakkan kejadian pendaki hilang berulang.
01:43Terima kasih kerana menonton!
Comments