Skip to playerSkip to main content
  • 2 days ago
Perhilitan pindahkan gajah liar di Kampung Bongor selepas ganggu penduduk dan rosakkan tanaman.
Transcript
00:00Seekor gajah liar berjaya dipindah keluar oleh Jabatan Pelindungan Hidupan Liar dan Taman Negara Perhilitan dalam operasi di Kampung Bongor
00:09pada Rabu.
00:10Pengarah Perhilitan Perak, Muhammad Taufik Abdul Rahman berkata, operasi itu dibantu dua gajah denak bertina, Indah dan Suria.
00:21Menurut beliau, hasil pemantauan mendapati terdapat kira-kira 12 ekor gajah liar di kawasan tersebut.
00:27Beliau berkata, kesemua gajah berkenaan akan dipindahkan secara berperingkat ke habitat semula jadi yang lebih jauh dari penempatan manusia.
00:36Operasi ini dilakukan sesuai aduan penduduk mengenai kehadiran gajah liar yang merosakkan tanaman dan menimbulkan kebimbangan keselamatan.
00:43Seorang penduduk, Siti Rasidah Abdul Latih berkata, beliau berdepan detik mencemaskan selepas sekumpulan gajah liar memasuki kawasan kebunnya pada waktu
00:52malam.
00:53Katanya, haiwan berkenaan merosakkan tanaman getah dan pisang berhampiran kediamannya sekitar jam 7 malam.
01:00Operasi pemindahan itu telah bermula sejak Isnin lalu dan dijalankan secara berperingkat.
01:05Dalam perkembangan sama, Ahli Dewan Undangan Negeri Temenggur, Datuk Salbiah Muhammad berkata,
01:10konflik antara manusia dan gajah di hulu perak bukan perkara baru.
01:13Beliau berkata kebanyakan kampung berada berhampiran kawasan hutan simpan yang menjadi habitat semula jadi haiwan berkenaan.
01:21Sehubungan itu, beliau mencadangkan agar sebuah sentrali gajah diwujudkan digerik bagi memudahkan pengurusan dan pemindahan haiwan liar pada masa hadapan.
01:30Langkah tersebut dilihat penting dalam mengurangkan konflik hidupan liar dan melindungi keselamatan penduduk setempat.
Comments

Recommended