Skip to playerSkip to main content
  • 2 days ago
Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) merangkap Ahli Falsafah Muslim Terkemuka, Profesor Emeritus Datuk Osman Bakar menzahirkan rasa syukur selepas dipilih sebagai Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan 1448 Hijrah.
Transcript
00:00Baik seterusnya Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia UIAM merangkap ahli falsafah Muslim terkemuka.
00:07Prof. Emeritus Dato' Osman Bakar menzahirkan rasa syukur selepas dipilih sebagai tokoh maal hijrah kebangsaan 1,448 hijrah.
00:16Beliau menyifatkan pengiktirafan itu sebagai satu penghormatan besar terhadap perjalanan panjangnya dalam bidang keilmuan selama lebih 5 dekad.
00:25Osman berkhidmat sebagai ahli akademik selama 56 tahun di pelbagai pusat pengajian tinggi dalam dan luar negara
00:34melalui pelbagai peringkat kerjaya bermula sebagai pensyarah sebelum dilantik sebagai profesor dan seterusnya dianugerahkan gelaran Prof. Emeritus.
00:43Beliau menyatakan bahawa seluruh kehidupannya tertumpu dalam bidang ilmu pengetahuan
00:48serta pernah bertugas di banyak universiti di dalam dan luar negara selain menyifatkan perjalanan kerjayanya sebagai satu bentuk perjuangan dalam
00:57mempertahankan kebenaran ilmu.
01:00Menurut Osman, perjuangan tersebut merangkumi usaha mempertahankan ilmu yang benar serta menangkis penyebaran ilmu yang tidak tepat sepanjang lebih 5
01:08dekad dalam dunia akademik.
01:10Sepanjang tempoh itu, beliau turut melibatkan diri dalam menuntut, mencari, berkongsi, menyebarkan dan mengaplikasikan ilmu demi manfaat masyarakat
01:20serta menyatakan hasrat untuk terus menyumbang dalam bidang perkenaan.
01:25Pada masa sama, beliau menyeru generasi muda khususnya golongan akademik agar menghayati semangat hijrah dalam konteks lebih luas termasuk memperkukuh
01:34peranan ilmu dan pembangunan umat.
01:36Anugerah tokoh maal hijrah kebangsaan merupakan pengintarafan tertinggi negara kepada individu yang menyumbang cemerlang dalam memperkasa syiar Islam dan pembangunan
01:46umat.
Comments

Recommended