00:00Persatuan Haiwan dan Aktivis menyarankan pihak berkuasa tempatan atau kerajaan negeri menyediakan garis panduan khusus bagi membolehkan haiwan peliharaan di bawah ke pusat beli-belah secara terkawal berbanding larangan menyeluruh.
00:15Presiden Persatuan Haiwan Malaysia Ari Dwi Andika berkata pendekatan pet-friendly atau mesra haiwan wajar disokong namun mesti disertakan had dan peraturan jelas bagi menjaga keselamatan, kebersihan serta keselesaan orang awam di pusat beli-belah.
00:32Katanya antara garis panduan boleh dipertimbangkan ialah kawalan ketat terhadap haiwan terbabit termasuk penggunaan tali pengikat yang kukuh serta lampin khas bagi mengelakkan yang membuang najis di kawasan awam.
00:45Sementara itu Presiden Persatuan Pelindungan Haiwan Keluang Nasir Abdul Aziz berpandangan pendekatan pusat beli-belah mesra haiwan adalah langkah positif dalam mendidik masyarakat khususnya kanak-kanak untuk hidup bersama haiwan tanpa rasa takut atau stigma melampau.
01:03Sebelum ini Ex-Kukerajaan Tempatan dan Pelancongan Selangor, Eng Suli, menegaskan larangan membawa haiwan peliharaan ke pusat beli-belah di negeri itu masih kekal dan dasar berkenaan masih berkuat kuasa.
Comments